Thursday, November 19, 2009

24


Pukul 8 malam, pinggan, gelas dan basin di dapur banyak lagi yang belum dicuci. Apalagi kawah berbuntut hitam guna untuk memasak gulai masih berselaput jelaga dan berminyak. Meninggalkan semua kerja itu, kami semua bersiap untuk ke hospital.
 “Aku royak doh hari tu tok sey dengar belako.” Ayah merengus. Wajahnya berkerut mencuka sambil mengenakan butang baju kemejanya.
“Royak apa ayah?” Abang Zul menyoal sebaik keluar dari bilik pengantin yang baru siap sebulan lepas. Abang Zul yang berwajah hitam manis dan berambut terpacak (padan sangat dengan kakak) kelihatan serius melihatkan reaksi ayah sedang dia tidak tahu ayah itu memang selalu berlebih-lebih dalam segenap hal. Baran yang meluap-luap tak kira tempat.
“Lembu Pok Jak tu lah. Tok reti nok tambat. Hoh, keno ko si Sara. Natè Pok Jak tu. Kalu keno ko anok aku, aku katok (pukul) mapuh Pok Jak tu.”
Abang Zul senyap mendengarkan ‘titah’ ayah yang berbisa itu.
Nyaknyo (kesian) ko Sara.” Ibu memecahkan diam abang Zul. Lembut suara ibu sedikit sebanyak mengubati racun bisa emosi ayah yang tersembur di udara. Suasana kembali tenang apabila keluarnya kakak yang berseri-seri.
“Jom.” Kata kakak. “Kesian ko Sara. Teruk ko ayoh?”
“Teruklah. Lembu lago tu tanduk tajam. Mujur keno punggung. Kalu keno perut? Palo? Tok ko meninggal budok tu.” Ayah itu memang tidak berlapik dan tajam kata-katanya. Sara meninggal dunia ditanduk lembu? Meremang bulu roma aku mendengarnya. Aku cintakan Maisara. Aku rasa aku mahu bunuh lembu itu ketika itu juga.  
Ayah kini terpacak di pintu menunggu yang lain. Kami semua cepat-cepat bergerak keluar sebelum ditengking ayah. Kereta Proton Waja hitam abang Zul muat-muat untuk kami berlima.



***


“Bakpo?” Soal Maisara. Mesti accident ni.
“Jatuh muto.” Jawab Vin.
Yes! Betul!. “Bowok laju ko?”
“Dok eh. Aku saloh tekan gear belakang. Geleilok*. Tepoh tie api.**” [Huyung-hayang*. Rempuh tiang eletrik.**] Vin gelak sebelum mengaduh sampai berkerut mukanya. “Mung pulok keno gapo?”
 Keno sèdoq llembu.”
“HA HA HA.”
Boleh dia gelak? Muka Maisara yang pucat putih walau bagaimana pun cuba senyum.
“Oppsss… sorry.” Gadis cina berambut lurus paras bahu itu minta maaf. “Doh guano sapa keno sedoq tu? Mung wat gapo ko dio?” Petah tutur katanya tanpa pelat bercakap bahasa ‘London’. Tak ada yang peliknya melihat seorang cina fasih berbahasa 'Kelate' di Kelantan.





“Mano la aku tahu bakpo dio maroh kat ku.” Maisara ketawa kecil. “Eh, mung nama gapo? Aku Maisara, panggil Sara jah.”
“Oh, aku Vin, panggil Vin.” Sengih.
Peramah dan santun, itu pandangan Maisara terhadap Vin, gadis cina patah tangan di katil sebelahnya. Tangan kiri Vin patah apabila terhentak ke bucu tiang elektrik yang diperbuat daripada kayu berbentuk segi empat. Tangan itu kini bersimen tebal dipasang besi dan dikepilkan ke besi birai katil agar ia lurus dan statik.
Atas nasihat doktor, Maisara juga perlu menghadkan pergerakannya. Untuk berjalan tidak boleh sama sekali. Ah, hari yang paling bosan dalam hidupnya kalau tiada Vin di situ. Ada  luka besar di punggung kanan Maisara akibat tusukan tanduk lembu tajam semalam, pedihnya menyucuk-nyucuk. Entah lembu apa tanduknya sebegitu tajam, sungguh anak gadis seperti Maisara tidak tahu.
Namun begitu, bukan luka itu yang dia risaukan, tetapi sedih hatinya memikirkan bahawa ‘mahkotanya’ turut terjejas. Ngilu yang dirasakan di bahagian sulitnya terjawab apabila doktor mengatakan bahawa sondolan kuat lembu jantan itu berkemungkinan besar turut menyebabkan dara Maisara koyak. Tidak pula dia memberitahu perkara itu kepada sesiapa, dalam wad awam berhawa dingin itu dia memendam rasa itu sendiri.
Udara dingin di depan muka Maisara bertukar rasa apabila dia melihat Lokman, makcik Yah dan Pok Soh memasuki pintu di hujung wad sebaik usai azan Isyak. Kak Asiah dan suaminya pula menyusul di belakang.
Dada Maisara lalu sebak memandang Lokman yang tersenyum ke arahnya.

Saya mahu awak memiliki segalanya yang saya ada, Lok. Tapi, saya kehilangan sesuatu yang paling berharga untuk awak. Apalagi yang seorang gadis banggakan melainkan penyerahan mahkotanya di malam pertama. – Maisara.

I will try to update weekly, but not guaranteed. If you like this, 'follow' is advised